I serve nuffnang ads

GilaPing

Friday, December 31, 2010

SMKAF: Kembalikan Sistem Pembelajaran Pisah Jantina


KL, 29 Dis 10: Sekumpulan bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Falahiah (SMKAF), Kelantan, membantah kemasukan pelajar perempuan ke sekolah itu pada sesi persekolahan tahun hadapan.

Dalam satu kenyataan yang dihantar kepada Harakahdaily, pihak yang menamakan diri mereka sebagai Badan Bertindak Bekas Pelajar (Bantah) mendakwa, keputusan pengurusan pihak sekolah tersebut adalah tidak relevan, sekaligus memecah tradisi dan jati diri sekolah itu yang sebelum ini hanya untuk pelajar lelaki sahaja.

Falahiah adalah sebuah sekolah ditubuhkan sejak tahun 1939 dan dikenali sebagai SMKA bermula tahun 1978. Ianya sebuah sekolah harian berasrama di Kelantan yang terkenal dengan tradisi kecemerlangannya sebagai sekolah khusus pelajar lelaki di negeri itu. Difahamkan, keputusan sekolah memasukkan pelajar perempuan ke sekolah itu disebabkan prestasi akademik pelajar yang didakwa jatuh teruk sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Namun bagi Bantah, mereka menolak alasan itu dan menganggap ianya satu alasan yang melucukan kerana cuba menjadikan pendidikan sebagai 'tikus putih' tanpa kajian terperinci.

"Pihak pengurusan juga seolah-olah lupa dan tidak melihat sejarah SMKA Falahiah. Di mana kecemerlangan sebelum ini tidak pernah pun dikaitkan dengan kehadiran pelajar perempuan.

"Pada kami, kejatuhan akademik adalah daripada berpunca daripada masalah pengurusan sekolah kali ini yang tidak efektif berbanding pengurusan sebelum ini dan disiplin pelajar di sekolah," kata mereka.

Dalam kenyataan yang turut disiar pada laman Facebook Falahians Bantah, mereka mendakwa keputusan itu juga dibuat secara tergesa-gesa tanpa mendapat pandangan dari semua pihak dan tanpa persediaan kajian yang terperinci. Ianya termasuk mengenepikan perbincangan dengan pihak Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan juga tidak mendapat sokongan dari kebanyakan tenaga pengajar di sekolah itu.

"Pihak PIBG juga tidak diajak berunding terlebih dahulu sebelum keputusan ini dikeluarkan. Hanya sekadar makluman sahaja.

"Di saat Kementerian Pelajaran Malaysia menggalakkan kerjasama erat antara pihak sekolah dan PIBG, tampaknya pihak pengurusan sekolah hari ini dilihat terlalu bersikap individualistik sehingga mengabaikan konsep bekerja secara kolektif," kenyataan itu dipetik.

Difahamkan, kebanyakan guru tidak sependapat dalam hal ini namun hanya melahirkan protes secara diam. Ini kerana pandangan mereka didakwa telah dikesampingkan dalam beberpa isu sebelum ini.

"Pandangan para guru amat penting untuk dihargai kerana golongan mereka lebih akrab dengan pelajar dan lebih memahami keadaan pelajar khususnya guru-guru yang telah lama berkhidmat di SMKA Falahiah," kata kenyataan itu lagi.

Menurut mereka, keputusan itu juga dibuat ketika ketiadaan beberapa individu utama pengurusan sekolah, dan kini apa yang menjadi tanda tanya adalah berhubung agenda sebenar individu di sebalik keputusan itu.

"Maklumat yang diperolehi juga menujukkan permintaan ini adalah datang dari pihak pengurusan sekolah bukannya Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan," kata kenyataan itu lagi.

Selain itu, turut dipertikaikan adalah kesediaan infrastruktur sekolah untuk menerima kemasukan pelajar perempuan ke sekolah itu termasuk padang permainan, kemampuan masjid menampung pelajar dan guru dan dewan makan. Namun apa yang lebih dibimbangi, adalah masalah sosial yang akan berlaku di kalangan pelajar apabila keputusan ini dilaksanakan kelak.

Harakahdaily turut difahamkan, beberapa kain rentang membantah keputusan sekolah itu juga telah dinaikkan di beberapa tempat tumpuan di sekitar sekolah namun ianya telah dibuang oleh pihak tertentu. Bagaimanapun pihak Bantah mendakwa akan terus memperhebatkan bantahan mereka melalui kenyataan kepada media, internet, Facebook dan pengedaran risalah.

Pihak pentadbiran sekolah ketika dihubungi pula mendakwa segala tindakan dan fakta bantahan yang dikemukan kumpulan bekas pelajar itu hanya fitnah. Bagaimanapun, mereka mengakui akan berlaku kemasukan sekurang-kurangnya 100 pelajar perempuan tingkatan satu dan empat pada sesi persekolahan Januari nanti. (Harakahdaily)


Thursday, December 30, 2010

AFF Suzuki Cup

Huarghh...
Malaysia dah menang piala la pulak...
Nanti kang sume player balik mendabik dada..
Semalam kalah tapi jadi juara jugak..
Kalo nk dipertikai kualiti pun tak boleh jgk..
Kadang2 ok,kadang2 maen cam budak skolah..
Penyokong pulak bkn nak bagi sokongan..
Time menang baru nk puji...
Time kalah,hentam coach dengan players cukup2..
Konon x reti itu la,x reti ini laa...
Macam mane team bola nk maju kalo gini laa attitude supporters...
Apa salahnya kalau teruskan menyokong x kira kalah atau menang..
Game mereka x konsisten sebab penyokong yang x konsistern la..
Rajagobal tu buat la macam mana pon kalo supporters sendiri x sokong,team kite lemah jgk..
Anyway,congratulation to Harimau Malaya sbb mampu buktikan sesuatu kepada semua pihak especially yang suke menghentam pasukan bola sendiri..

by shareeb

Friday, December 24, 2010

ChurpChurp | Social Share » Catch Korean Pop Stars live in Malaysia! (Preview)

ChurpChurp | Social Share » Catch Korean Pop Stars live in Malaysia! (Preview)

by shareeb

Tuesday, December 7, 2010

~~Simply the empty day~~

Morning rain.... But it's over just in time..
Then here i come to earn some time by doing rubbish things...
That's a place that called 'office'...
Lot of things to be done and more bonus,i have to handle it all alone..
*Sigh*
I am a boss and I am a coolie...
But for today,maybe it could be much better when i got less pressure...
After a long period i haven't write here,then i could spend some time to write my boring life for now..
I've been searching for the meanings of life,but still i found that 'life is undefined'.
Since it is so hard to be found,then i set myself to sail in blue sea without any compass..
Just follow the flow and let everything be..
Really hope that I could improve myself,my life and my everything...

by ~sHarEEb~