I serve nuffnang ads

GilaPing

Saturday, May 28, 2011

~pernahkah~

Dalam sehari-hari,pernah tak kita terfikir?
Ada tak kita terfikir sesuatu perkara?

Kita slalu nk improvekan level dalam hidup korang..Contohnya :

1.nak tingkatkan ilmu dalam dada supaya sentiasa bertambah,

2.nak tingkatkan kareer untuk masa depan yang lebih cerah

3.nak tingkatkan keluarga supaya lebih besar (poligami??)

4.nak tingkatkan perniagaan supaya lebih berkembang

Tetapi pernahkah kita terfikir untuk meningkatkan SOLAT kita supaya lebih khusyuk dan yang paling penting, diterima Allah SWT untuk bekalan akhirat nanti kerana setiap daripada kita sedia mengetahuibahawa solat adalah tiang agama, jadi seringkasnya, betulkan solat kita. Bila tiang sudah betul, maka yang lain akan menyusul sempurna.. InsyaAllah amalan lain akan seiring untuk mendekatkan diri kita kepada Allah.

Tetapi bagaimanakah kita nak tingkatkan solat kita ni supaya lebih kekhusyukan?? Seorang ustaz pernah menjawab suatu persoalan sedemikian dengan berkata bahawa mengetahui maksud dan memahami semua ayat yang terkandung dalam solat merupakan langkah paling asas.Maka seharusnya, Al-Fatihah adalah surah yang perlu kita dalami terlebih dahulu memandangkan ia permulaan bacaan dalam solat selepas niat. Dalami dahulu, barulah tercapai maksud dan kefahamannya..

Di bawah ini saya sertakn terjemahan al-fatihah untuk berkongsi dengan semua..selamat beramal.


Surah 1 Al-Fatihah ( 7 ayat )

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.

Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Yang menguasai di Hari Pembalasan

Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan.

Tunjukilah kami jalan yang lurus,

(yaitu) Jalan orang-orang yang telah Engkau beri ni'mat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.

"beramal setelah mengenal diri"
by shareeb

No comments:

Post a Comment