I serve nuffnang ads

GilaPing

Showing posts with label kelantan. Show all posts
Showing posts with label kelantan. Show all posts

Thursday, October 18, 2012

~ Muak Politikus ~

Bismillah.

Salam pena.

Setelah sekian lama tidak melarikan jejari ku pada papan kekunci ini untuk berblog, maka hari ini aku mengikut gerak hati untuk menulis sesuatu sebagai catatan.
Tiap tari jari jemari ini bukanlah dihasilkan dengan sewenang-wenangnya bahkan ia adalah untuk member ingat kepada aku dan juga pada kalian semua yang ada membaca.

Saban hari kita disuapkan dan disuakan dengan pelbagai bahan berita dan bahan bacaan dari pelbagai medium penyebaran maklumat yang kita banggakan. Sedikit sebanyak konsep langit terbuka dan dunia tanpa sempadan serta segalanya di hujung jari itu semua telah dipergunakan sepenuhnya oleh semua pengguna sesawang dan talian net. Ada yang memanfaatkan untuk menyebarkan kebaikan dan ada juga yang menjadikan ia sebagai medan taburan fitnah dan juga sebagai tapak untuk mempermainkan fakta lantas menukar ia menjadi satu auta.

Aku kian bosan dengan suasana politik Malaysia sekarang. Ia tidak lagi suci bersih dan berkonsep kerajaan untuk rakyat. Hampir semua wakil rakyat bukanlah mewakili rakyat tetapi mewakili parti politik masing-masing bahkan lebih teruk menjadi wakil diri sendiri untuk menceburkan diri di kalangan masyarakat dengan berbekalkan modal janji manis yang disertai dengan taburan wang ringgit serta propaganda pelbagai seumpama fitnah semata. Sekarang politik kita telah dicemari dengan pelbagai gejala yang sudah menjadi kebiasaan setiap yang berhormat. Skandal seks sudah jadi satu mainan biasa mereka untuk saling menjatuhkan sesama sendiri. Kalau dulu mereka bersama dalam setiap perkara, namun tatkala berselisih pendapat atau bercanggah fahaman, maka masing-masing menggunakan rahsia yang ada dalam kocek masing-masing untuk menjatuhkan bekas kawan itu.

Sehari-hari, kita para belia disogok dengan segala maklumat yang kita sendiri tidak tahu kesahihannya yang sebenar tapi pantas tersebar dengan terlalu cepat walau dengan satu klik sahaja. Malah berita kematian seseorang juga sudah menjadi mainan walau palsu atau benar. Kenapa ini semua terjadi? Dulu, perkara begini tidak berlaku dalam kancah politik kita. Aku bukanlah ahli politik waima ahli pidato cekap lidah atau pena, tapi aku menyuarakan pandangan dan pendapat aku yang mana menjadi wahana dalam kepala menyesakkan pemikiran dan memualkan.

Sudah sampai masanya kita cuba untuk berubah. Janganlah kita terlalu terpengaruh dengan kekotoran politik ini. Sesungguhnya tidak salah untuk berpolitik tapi biarlah kita berpolitik untuk kepentingan masyarakat. Jangan jadikan kesengsaraan rakyat sebagai isu untuk menjatuhkan orang lain. Setiap apa yang berlaku pasti ada timbal baliknya. Semanis mana janji yang ditabur, ia tetap seumpama padi hampa. Cantik pada rupa tapi kosong dan hampa. Kotornya politik ini menyebabkan ramai belia dan remaja menjadi benci dan mengambil pendekatan untuk tidak terlibat dengan sebarang aktiviti. Ini sebenarnya merugikan pelbagai pihak memandangkan remaja dan belia merupakan prospek pemimpin masa depan dan jika mereka tidak terlatih dengan betul untuk memimpin, apa nasib anak-anak kita di masa hadapan jika kita terus menyogok mereka dengan dasar kepimpinan korup? Apa yang ingin kita tinggalkan untuk generasi kita di masa hadapan? Adakah adil untuk mereka menerima kesan daripada kesilapan yang kita lakukan?

Aku terdetik untuk menulis kerana tertonton berita di televisyen mengenai gejala kemiskinan yang kononnya sangat kritikal. Bagi yang tidak mengetahui dan tidak pernah sampai ke Kelantan, maka ia terlihat sangat benar bahawa Kelantan adalah negeri paling miskin. Tapi kenapa sekarang baru isu ini ditimbulkan?
Sebelum ini, tidak pernah kedengaran isu bekalan air yang tidak mencukupi di banyak kawasan di Kelantan?
Kenapa isu keperluan asas ini ditimbulkan dan dipolitikkan sesuka hati sedangkan hakikat dan kebenarannya tidaklah sebegitu. Bagaimana mereka mampu hidup tanpa air selama 4 tahun? Di mana logik akal mereka?
Adakah bekalan air ditiadakan setelah selesai pilihanraya?

Oh korup. Nyahlah kamu dari tanah Melayu ini. Aku sakit melihat bangsa aku ditindas. Saudara seagamaku dibelakangkan sewenang-wenangnya. Hak bumiputera terus dipermainkan. Agama Islam kini tinggal nama. Bagaimana setiap perkara ini berlaku sedangkan kita masih dipimpin Melayu? Atau mereka bukanlah Melayu Islam yang sebenar?

Tolonglah selesaikan perkara ini. Generasi kita di masa hadapan memerlukan pimpinan yang berkualiti. Bukan generasi kotor sebegini yang anak-anak kita perlukan.
Cuci tanganmu, bersihkan kakimu, tapislah bicaramu, jaga matamu, gunalah akalmu.

Assalamualaikum wbt.

by shareeb

Thursday, July 21, 2011

Saman Kelantan

Sila baca petikan di bawah...dipetik dari UTUSAN

Tiga penduduk Kelantan fail saman

KUALA LUMPUR 20 Julai - Tiga penduduk Kelantan mengemukakan saman pemula untuk memohon perisytiharan bahawa Kerajaan Negeri Kelantan tidak mempunyai kuasa melulus dan menggubal undang-undang atau enakmen yang mengharamkan atau melarang aktiviti perjudian dan loteri.

Saman pemula tersebut difailkan oleh dua peniaga, Wong Meng Yit, 47, Lee Khim Haw @ Lee Khim Hwa, 58, dan rakan mereka, Gan Han Chuan, 44, melalui firma guaman Tetuan Sheng Lee Law di Mahkamah Tinggi di sini pada 6 Jun lalu.

Salinan writ saman itu diserahkan kepada pihak media di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini oleh Ahli Jawatankuasa Pusat MCA, Datuk Ti Lian Ker.

Ketiga-tiga mereka menamakan Kerajaan Negeri Kelantan dan Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam (MPKB-BRI) sebagai defendan-defendan.

Dalam saman tersebut, plaintif memohon perintah perisytiharan bahawa kerajaan negeri itu tidak berkuasa meluluskan atau menggubal undang-undang atau enakmen yang mengharamkan atau melarang aktiviti perjudian dan loteri.

Selain itu, plaintif memohon perisytiharan bahawa perkara-perkara mengenai perjudian dan loteri adalah dalam bidang kuasa eksklusif Parlimen yang mengecualikan badan perundangan negeri Kelantan.

Turut dimohon perisytiharan bahawa defendan tidak mempunyai bidang kuasa di bawah Perlembagaan Persekutuan untuk meluluskan atau menggubal sebarang undang-undang, undang- undang kecil, peraturan, arahan atau polisi yang mengharamkan atau melarang aktiviti perjudian dan loteri.

Plaintif juga memohon ganti rugi am yang tidak dinyatakan jumlahnya, kos dan perintah lain. Mereka diwakili peguam Lee Kien Han dan M. Rueben yang turut menyebut bagi pihak Penasihat Undang-Undang Negeri, Datuk Azlan Abdul Halim mewakili kerajaan negeri.

Sementara itu, Lian Ker memberitahu pemberita bahawa pada mulanya saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Sivil namun oleh kerana membabitkan isu Perlembagaan, ia telah dipindahkan ke Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas).

Peguam Kien Han memberitahu pemberita bahawa Penolong Kanan Pendaftar, Jessica Ombou Kakayun hari ini memerintahkan supaya defendan memfailkan afidavit jawapan sebelum 3 Ogos ini dan menetapkan pengurusan kes saman itu pada 17 Ogos ini di hadapan Hakim Abang Iskandar Abang Hashim.

Pada 11 Februari lalu, Utusan Malaysia melaporkan penjualan loteri Big Sweep dilakukan secara terbuka di Kelantan terutama Kota Bharu biarpun Kerajaan Pas Kelantan mengharamkan semua bentuk aktiviti perjudian di negeri tersebut.

Berikutan itu, pada 28 Februari lalu, MPKB-BRI menyaman dua pemilik kedai buku di negeri itu kerana menjual tiket loteri.


Bertuah sungguh bumi Kelantan skarang..
nk perjuangkan Islam pun payah betol..
perlembagaan dan undang2 pon dipolitikkan sebebas2nya oleh rakyat jelata yang asal-usulnya hanya penumpang Tanah Melayu..
sangat ketara yang manusia sekarang mudah melupakan asal-usul hanya kerana dikelabui oleh kuasa dan matawang hingga sanggup membelakangkan asal-usul dan memijak agama sendiri..
isu lain masih boleh dipermain,janganlah smpai isu agama sendiri diperkotak-katikkan oleh orang Islam sendiri..
kne ingat laa yang undang2 manusia boleh kita ubah..
tambahan lagi,undang2 yang berpaksikan bangsa penjajah..

saman kerajaan kelantan pun, apa yang mereka dapat?
mereka menanggung risiko untuk kekalahan yang lebih teruk dalamp pilihan-hari-raya kot..
mereka lebih suke di benci oleh jelata daripada mengambil hati rakyat..
sedangkan jelata yang murni jugalah yang mempunyai kuasa dan hak untuk mengundi (walaupun sekarang undi adalah hak milik parti politikus)..

kenapa si bodoh cuba menggunakan orang2 yang bodoh untuk menidakkan sesuatu kebodohan si bodoh itu?
berfikir menggunakan akal ke otak pon masih x boleh dibezakan..
melihat pun taktau dengan mata hati ke mata buta...
kita menilai dari pandangan hati kita...
jangan hanya tahu menilai dan mengkritik lantas terus mengubah sesuatu mengikut kehendak sendiri sampai org laen yang menanggung kesan dan akibat..
andai ini terjadi, tak usah tertanya2 kenapa kita sujud menghadap ke Barat...



~cetusan ini kerana sifat kenegerianku walau aku adalah perantau~
by shareeb