I serve nuffnang ads

GilaPing

Thursday, July 21, 2011

Saman Kelantan

Sila baca petikan di bawah...dipetik dari UTUSAN

Tiga penduduk Kelantan fail saman

KUALA LUMPUR 20 Julai - Tiga penduduk Kelantan mengemukakan saman pemula untuk memohon perisytiharan bahawa Kerajaan Negeri Kelantan tidak mempunyai kuasa melulus dan menggubal undang-undang atau enakmen yang mengharamkan atau melarang aktiviti perjudian dan loteri.

Saman pemula tersebut difailkan oleh dua peniaga, Wong Meng Yit, 47, Lee Khim Haw @ Lee Khim Hwa, 58, dan rakan mereka, Gan Han Chuan, 44, melalui firma guaman Tetuan Sheng Lee Law di Mahkamah Tinggi di sini pada 6 Jun lalu.

Salinan writ saman itu diserahkan kepada pihak media di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini oleh Ahli Jawatankuasa Pusat MCA, Datuk Ti Lian Ker.

Ketiga-tiga mereka menamakan Kerajaan Negeri Kelantan dan Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam (MPKB-BRI) sebagai defendan-defendan.

Dalam saman tersebut, plaintif memohon perintah perisytiharan bahawa kerajaan negeri itu tidak berkuasa meluluskan atau menggubal undang-undang atau enakmen yang mengharamkan atau melarang aktiviti perjudian dan loteri.

Selain itu, plaintif memohon perisytiharan bahawa perkara-perkara mengenai perjudian dan loteri adalah dalam bidang kuasa eksklusif Parlimen yang mengecualikan badan perundangan negeri Kelantan.

Turut dimohon perisytiharan bahawa defendan tidak mempunyai bidang kuasa di bawah Perlembagaan Persekutuan untuk meluluskan atau menggubal sebarang undang-undang, undang- undang kecil, peraturan, arahan atau polisi yang mengharamkan atau melarang aktiviti perjudian dan loteri.

Plaintif juga memohon ganti rugi am yang tidak dinyatakan jumlahnya, kos dan perintah lain. Mereka diwakili peguam Lee Kien Han dan M. Rueben yang turut menyebut bagi pihak Penasihat Undang-Undang Negeri, Datuk Azlan Abdul Halim mewakili kerajaan negeri.

Sementara itu, Lian Ker memberitahu pemberita bahawa pada mulanya saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Sivil namun oleh kerana membabitkan isu Perlembagaan, ia telah dipindahkan ke Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas).

Peguam Kien Han memberitahu pemberita bahawa Penolong Kanan Pendaftar, Jessica Ombou Kakayun hari ini memerintahkan supaya defendan memfailkan afidavit jawapan sebelum 3 Ogos ini dan menetapkan pengurusan kes saman itu pada 17 Ogos ini di hadapan Hakim Abang Iskandar Abang Hashim.

Pada 11 Februari lalu, Utusan Malaysia melaporkan penjualan loteri Big Sweep dilakukan secara terbuka di Kelantan terutama Kota Bharu biarpun Kerajaan Pas Kelantan mengharamkan semua bentuk aktiviti perjudian di negeri tersebut.

Berikutan itu, pada 28 Februari lalu, MPKB-BRI menyaman dua pemilik kedai buku di negeri itu kerana menjual tiket loteri.


Bertuah sungguh bumi Kelantan skarang..
nk perjuangkan Islam pun payah betol..
perlembagaan dan undang2 pon dipolitikkan sebebas2nya oleh rakyat jelata yang asal-usulnya hanya penumpang Tanah Melayu..
sangat ketara yang manusia sekarang mudah melupakan asal-usul hanya kerana dikelabui oleh kuasa dan matawang hingga sanggup membelakangkan asal-usul dan memijak agama sendiri..
isu lain masih boleh dipermain,janganlah smpai isu agama sendiri diperkotak-katikkan oleh orang Islam sendiri..
kne ingat laa yang undang2 manusia boleh kita ubah..
tambahan lagi,undang2 yang berpaksikan bangsa penjajah..

saman kerajaan kelantan pun, apa yang mereka dapat?
mereka menanggung risiko untuk kekalahan yang lebih teruk dalamp pilihan-hari-raya kot..
mereka lebih suke di benci oleh jelata daripada mengambil hati rakyat..
sedangkan jelata yang murni jugalah yang mempunyai kuasa dan hak untuk mengundi (walaupun sekarang undi adalah hak milik parti politikus)..

kenapa si bodoh cuba menggunakan orang2 yang bodoh untuk menidakkan sesuatu kebodohan si bodoh itu?
berfikir menggunakan akal ke otak pon masih x boleh dibezakan..
melihat pun taktau dengan mata hati ke mata buta...
kita menilai dari pandangan hati kita...
jangan hanya tahu menilai dan mengkritik lantas terus mengubah sesuatu mengikut kehendak sendiri sampai org laen yang menanggung kesan dan akibat..
andai ini terjadi, tak usah tertanya2 kenapa kita sujud menghadap ke Barat...



~cetusan ini kerana sifat kenegerianku walau aku adalah perantau~
by shareeb

Friday, July 8, 2011

~khasiat mani~

uitt..artikel ni agak terus terang sket...
Rasanya bukan aku seorang saja yang bertanya diri sendiri kenapa orang lelaki bila dia dah berkahwin perutnya akan buncit. Selalu juga aku dengar orang cakap macam ni, “Sekarang ni kurus. Dah kawen nanti mesti gemuk.” Walaupun istilah gemuk dan buncit itu tak sama, tapi dalam konteks ini ianya membawa maksud yang serupa, iaitu perut naik. Tapi…kenapa ye? –


Persoalan itu terjawab akhirnya selepas aku baca satu artikel dalam Majalah Maskulin baru-baru ini. Jadi rasanya elok juga berkongsi dengan rakan² info pasal ni. Artikel yang anda akan baca nanti mungkin ada yang mencelarukan perasaan. Mungkin rangsangan dirinya sedikit terganggu. Tapi ketahuilah, aku tiada niat untuk berkata lucah ke apa kat sini. Anggaplah ianya satu info yang patut diberi perhatian bagi anda yang bergelar lelaki terutamanya. Perempuan pun sama juga. Takkanlah suami nak isterinya slim anggun menawan tapi perut suaminya boroi ke depan sampai nak tengok kaki sendiri pun tak nampak hehe. Sama²lah berusaha supaya dua² maintain slim dan bergaya.
Menurut artikel dalam kolum Info Seks majalah tersebut, lelaki yang dah berkahwin ni senang buncit disebabkan faktor kelamin sebenarnya. Orang perempuan pula perut buncit kerana kena ‘buatan orang’ hehe. Gurau². Ok. Selalu juga kita dengar lelaki yang dah berkahwin ni perut buncit sebab ada orang jaga makan minum dia. Entahlah boleh diterima ke tak. Ianya sekadar agak² orang, bukannya fakta pun. Ini faktanya yang perlu kita tahu.
Kita sambung lagi.
Kebuncitan lelaki ini berlaku apabila cecair daripada isteri yang mengalir masuk melalui zakar semasa hubungan kelamin akan membuatkan perubahan hormon dalaman dan sekaligus akan mudah membuatkan perut menjadi buncit. Faktor itu juga menyebabkan zakar lelaki yang berkahwin akan lebih mengembang dan besar berbanding lelaki bujang. Ooo…
Namun jika hubungan kelamin tidak dilakukan dalam tempoh yang lama, perut mereka akan kembali kendur dan zakar pula akan mula mengecut. Selalunya berlaku kepada lelaki yang dah bercerai, mereka yang dah lama menduda atau selalu sibuk dengan kerja sampaikan tuntutan nafkah batin diabaikan. Kasihan ‘dia’.
Khasiat Air Mani untuk Wanita
Ada khasiat rupanya. Kepada wanita yang sudah berkahwin, dikatakan akan mempunyai kulit yang lebih lembut dan mempunyai mood yang lebih baik. Kulit isteri lembut hasil daripada pancutan sperma suami yang mengandungi banyak protein dan berkhasiat. Air mani yang dipancut ke dalam rahim isteri bukan sekadar boleh mendatangkan zuriat, ia juga akan bersatu dengan darah dan segala kebaikan air mani suami akan diserap ke dalam tubuh isteri.
Ooo patutlah wanita yang dah berkahwin ni nampak lebih gebu. Tapi rasanya awal² kahwin je kot. Dah beranak 3, mulalah kulit berlipat². Kena sama² pandai jaga badan lepas kahwin, ok?
Khasiat lain sperma untuk wanita:
Rambut isteri semakin hitam dan berkilat.
Mengurangkan jerawat.
Campuran sperma dalam tubuh isteri akan menghasilkan berjuta² hormon yang

*carilah hubungan yang halal untuk dapatkan khasiat


credit to : ilham nurul resources

by shareeb

~mandi pancuran~

Aku berjalan-jalan lalu terjumpa artikel tentang mandi pancuran..

Semasa kecil saya sering dimarahi oleh ibu saya jika saya pulang lewat malam dan mandi. "Jangan mandi lewat malam, nanti paru-paru berair". Pesan mak saya. Seringkali saya akan diam-diam mandi juga kerana saya rasa itu hanyalah kepercayaan orang tua-tua dulu dan tak ada fakta kebenarannya.

Baru-baru ini satu laporan dari "The World Today" melaporkan kajian selama 3 tahun yang diketuai oleh Leah Faezal di Amerika Syarikat.

Kajian tersebut memaparkan bahawa 30% daripada alat pancuran yang diambil contoh mengandungi micro organisma yang dihubungkaitkan dengan penyakit paru-paru. Mereka mengambil sampel alat pancuran yang digunakan di serata tempat di Amerika Syarikat.

Hasil dari penelitian mereka mendapati alat pancuran yang digunakan orang ramai penuh dengan Mycobacterium Avium yang boleh menyebabkan penyakit seperti batuk kering.

Menurut kajian, bahagian dalam alat pancuran mandi merupakan tempat yang amat strategik bagi pembiakan bakteria. Apabila kita membuka pancuran untuk mandi kita menyalurkan makanan untuk bakteria dan apabila kita menutupnya kita menyalurkan bekalan oksigen.

Pancuran air yang amat halus juga dapat terserap masuk terus ke dalam paru-paru dan membawa bersamnya bakteria yang boleh mendatangkan penyakit tersebut.
Para pengkaji menyebut bahawa cara mandian yang lebih selamat adalah dengan mengunakan "Bath Tub". (Kata saya: mungkin sama juga jika kita menggunakan cara mandian tradisi kita dengan menggunakan gayung)

Walaubagaimanapun hanya mereka yang kurang daya ketahanan penyakin yang mudah terkesan dengan bakteria dari shower tersebut.

Mungkin mereka yang sering mandi dengan shower patut memikirkan semula cara mereka mandi sekarang ini dengan bertukar cara tradisi kita selama ini yang lebih selamat.

Kajian ini boleh didapati di The Journal Proceedings of the National Academy of Science, US.

credit to : MalaysiaRia
by shareeb