I serve nuffnang ads

GilaPing

Sunday, May 29, 2011

~pertembungan dua gergasi~



Sungguh tidak disangka perlawanan kali ini masih memihak kepada Catalan yang menundukkan Syaitan Merah dengan agregat 2-0 jaringan 3-1...
Separuh masa pertama sudah memberi kelebihan kepada Barca dengan penguasaan bola yang sangat mengagumkan gandingan Iniesta dan Xavi yang banyak membuka peluang dan hantaran yang sangat menarik..Dapat dilihat di sepanjang permainan,bola hanya bertukar-tukar di kaki dan kepala pemain Barcelona.Gaya permainan relaks yang ditampilkan oleh mereka membuahkan hasil apabila Pedro Rodriguez menjaringkan gol pertama pada minit ke-27..
Permainan bertambah rancak apabila Red Devils mula menyerang dengan lebih bertenaga..Selang 7minit, usaha keras mereka membawa kepada gol kedua permainan dengan rembatan cantik Rooney dihadapan gawang Barca.Hantaran kepada pemain berjersi 10 itu segera disambar dan dimanfaatkan untuk menewaskan Victor Valdes yang hanya beberapa kali diasak.. Perlawanan terus hangat dengan masing-masing cuba untuk membolosi gawang lawan sehingga tamat babak separuh masa pertama.

Separuh masa kedua bermula dengan penguasaan bola yang ketara oleh Barca..Gerakan demi gerakan yang dilakukan oleh Messi hampir tidak terhalang oleh M.U sehingga memaksa Valencia bertindak mengasari pemain terbaik dunia itu beberapa kali..
Pergelutan di depan gawang Van Der Saar menyebabkan Fabio tercedera dan terpaksa dibawa keluar dan digantikan oleh Nani..
Rentak penguasaan pemain Barcelona diteruskan dengan kekebalan pertahanan Mascherano seiring dengan srategi Sergio Bosquet...

Permainan berterusan dengan perlahan diselangi hantaran pendek sehingga ke depan kotak penalti M.U apabila messi tiba-tiba muncul dan terus merembat deras ke gawang Red Devils..Penonton tergamam seketika tatkala sorakan penyokong fanatik Messi menyertai larian kegembiraan Messi...

Keghairahan Barcelona mengejar gol semakin ketara apabila melakukan serangan bertalu-talu ke gawang lawan..Usaha mereka berbaloi apabila David Villa menyudahkan hantaran dari luar kotak penalti dan menyempurnakannya dengan sepakan lencong ke bucu gawang lalu menewaskan penjaga gol dari Belanda itu. Maka bermulalah kehuru-haraan M.U untuk mengawal keadaan sehingga kekasaran demi kekasaran dilakukan sehingga mendorong kad kuning dikeluarkan..Barcelona mula bertahan dan melambatkan permainan sehingga Valdes dilayangkan kad kuning...Sehingga wisel penamat, pemain beraksi dengan cukup cemerlang..

Satu perlawanan yang cukup menghiburkan...

Barcelona - Pedro, L.Messi, D.Villa
Manchester United - W.Rooney

Barcelona membawa pulang Piala UEFA setelah baru sahaja menjulang kejuaraan Liga Sepanyol..Penuh gah dan masyhur generasi emas Barcelona..

puas hati aku dapat tengok match ni!!

by shareeb

No comments:

Post a Comment