I serve nuffnang ads

GilaPing

Thursday, April 26, 2012

Nukilan

Assalamualaikum..
Salam diberi sebagai pembuka bicara.
Setelah sekian lama tidak menulis (menaip sebenarnya), baru hari ini nafsu nak menulis tu kembali semula.
Masih tiada poin untuk menulis..
Namun tetap terkial-kial untuk sebuah nukilan pada sesawang.

Umur dah bertambah..
Tapi masih tercari-cari sesuatu..
Bukan kehilangan tapi masih mencari..
Dalam kepelbagaian yang aku hadapi, masih tetap ada pasrah.
Jangan Tuhan, jangan engkau pesongkan hatiku dari menyembah Allah.
Hanya kerana aku sedang mencari, jangan engkau bolak-balikkan hatiku.
Andaikata aku hampir tergelincir, bawaku pergi.

Saban hari menelusuri kehidupan, ku lihat umat manusia masih lagi suka.
Suka untuk terus hidup dalam kealpaan dan kelalaian.
Terus sombong dan angkuh memijak bumi ciptaan dan milik Allah.
Tidak sedar bahawa semua nikmat hanya pinjaman.
Terus membongkak dan membongak.
Apakah mereka sudah terlalu agung untuk melawan yang Maha Agung.

Sesungguhnya aku terlalu takut dan gentar.
Maha Kuasa itu memerhati.
Maha Kuasa itu mengatur.
Maha Kuasa itu segalanya.
Pernahkah mereka terfikir tujuan hidup mereka?
Agaknya, apa tujuan mereka diwujudkan di dunia?
Pernahkah mereka mencari erti sebenar kehidupan?
Perlu disedari bahawa kehidupan inilah yang membawa kepada kematian.

Aku bukan pendeta untuk berbicara.
Bukan juga ulama untuk mengajar.
Aku juga hamba yang sedang mencari sesuatu.
Untuk ke sana, perjalanan yang panjang tapi tempoh yang singkat.
Jika anda merasakan anda punya masa yang cukup, teruskan hidup dalam cara anda.
Ad-Din Al-Islam.

Salam pena.


by shareeb

1 comment:

  1. Salam..
    Saya bukanlah ahli kucing merah sekata..
    Tetapi saya adalah salah seorang ahli persatuan kucing hitam. Salam persahabatan dari saya, salah seorang pengasas. Harap lawatan saya ke sini dihalalkan.

    ReplyDelete