I serve nuffnang ads

GilaPing

Monday, January 17, 2011

~~me~~

Bila ku cuba menangis,
Air mata tidak bisa mengalir,
Bila ku cuba tersenyum,
Tiada kemanisan lahir di bibir..

Ku cuba lihat ke depan,
Namun yang muncul masa silamku,
Bukan ku cuba undur masa,
Ku hanya mencari sesuatu...

Dalam aku meraba-raba,
Kegelapan rupanya ternyata terang,
Selama ini ku lihat tak nampak,
Rupanya mata hatiku lupa hakikat..

Andai ku tahu begini rupanya,
Takkan aku melupakan Aku,
Biar aku tiada bahagian di sini,
Asalkan cukup bahagianku di sana...

Sepanjang-panjang jalanku ini,
Tiada aku merintih diri,
Tiada aku menagih kasih,
Tiada aku mencaci hina,
Tiada aku mengeluh kesah,
Tiada aku seadanya aku,
Kerana aku bukanlah sebenar-benarnya aku....

Tiap nafasku,hanya untuk-Mu...

2 comments: