I serve nuffnang ads

GilaPing

Wednesday, July 25, 2012

~ Ramadhan ~

Bismillah..

Dengan nama Allah ku mulakan post ini.

Akhirnya telah berlalu bulan Syaaban dan menjelma Ramadhan membuka tirai untuk memberi peluang ganjaran lipat ganda kepada umat Islam yang sedar.
Setahun sekali muncul, Ramadhan sebenarnya sangatlah bermakna kerana ia seumpama hadiah buat mu'min.
Di bulan ini, segala iblis syaitan dirantai dari mengganggu gugat manusia. Namun, kejahatan dan kemungkaran tetap berleluasa. Maksiat masih menjadi mainan umat manusia. Kenapa ini semua terjadi?
Jawapannya ada dalam diri kita. Yang sebenarnya, kita bukanlah tewas sangat kepada syaitan dan iblis. Sebenarnya, di akhir zaman, tugas syaitan sudah menjadi terlalu mudah terlalu enteng.
Ini kerana, manusia itu sendiri yang melalaikan diri sendiri. Cukup syaitan membuka jalan, maka manusia itu sendiri yang menjerumuskan diri mereka ke lembah kemaksiatan dan kemungkaran.
Itulah dia yang dipanggil hawa nafsu. Melawan hawa nafsu merupakan salah satu jihad yang sangat besar. Berpadanan dengan tahap kesusahan melawan nafsu, sesungguhnya menentang kafir di suatu perang jauh lebih senang berbanding melawan hawa nafsu yang bersarang dalam diri sendiri.
Kerana itulah Ramadhan dianugerahkan kepada umat Islam supaya kita mampu muhasabah diri kita. Di tahap manakah kita dalam melawan godaan hawa nafsu tanpa jarum tambahan dari syaitan?
Di sini dinyatakan bahawa hawa nafsu bukanlah sekadar nafsu yang biasa kita faham. Sebenarnya, sebaik sahaja kita berkehendak, maka selagi itulah kita bernafsu.
Untuk makan, minum, tidur, bersetubuh, itu semua didorong oleh nafsu. Namun, terdapat pelbagai lagi perkara yang boleh dikategorikan sebagai nafsu. Tamak haloba, amarah juga tergolong dalam nafsu. Maka, sedarkah kita bahawa kita hanya sentiasa menyalahkan makhluk Allah yang lain diatas kelemahan kita sendiri? Sedangkan kita patut tahu bahawa kita masih belum bersedia untuk berjuang melawan hawa nafsu.

Pada waktu petang, dapat kita lihat di mana-mana tempat yang ditumpu oleh segenap manusia yang menggelar diri mereka orang Islam yang berpuasa mengerumuni gerai dan bazar tempat peniaga mencari rezeki halal.

(to be continued)

by shareeb

No comments:

Post a Comment