I serve nuffnang ads

GilaPing

Thursday, October 18, 2012

~ Muak Politikus ~

Bismillah.

Salam pena.

Setelah sekian lama tidak melarikan jejari ku pada papan kekunci ini untuk berblog, maka hari ini aku mengikut gerak hati untuk menulis sesuatu sebagai catatan.
Tiap tari jari jemari ini bukanlah dihasilkan dengan sewenang-wenangnya bahkan ia adalah untuk member ingat kepada aku dan juga pada kalian semua yang ada membaca.

Saban hari kita disuapkan dan disuakan dengan pelbagai bahan berita dan bahan bacaan dari pelbagai medium penyebaran maklumat yang kita banggakan. Sedikit sebanyak konsep langit terbuka dan dunia tanpa sempadan serta segalanya di hujung jari itu semua telah dipergunakan sepenuhnya oleh semua pengguna sesawang dan talian net. Ada yang memanfaatkan untuk menyebarkan kebaikan dan ada juga yang menjadikan ia sebagai medan taburan fitnah dan juga sebagai tapak untuk mempermainkan fakta lantas menukar ia menjadi satu auta.

Aku kian bosan dengan suasana politik Malaysia sekarang. Ia tidak lagi suci bersih dan berkonsep kerajaan untuk rakyat. Hampir semua wakil rakyat bukanlah mewakili rakyat tetapi mewakili parti politik masing-masing bahkan lebih teruk menjadi wakil diri sendiri untuk menceburkan diri di kalangan masyarakat dengan berbekalkan modal janji manis yang disertai dengan taburan wang ringgit serta propaganda pelbagai seumpama fitnah semata. Sekarang politik kita telah dicemari dengan pelbagai gejala yang sudah menjadi kebiasaan setiap yang berhormat. Skandal seks sudah jadi satu mainan biasa mereka untuk saling menjatuhkan sesama sendiri. Kalau dulu mereka bersama dalam setiap perkara, namun tatkala berselisih pendapat atau bercanggah fahaman, maka masing-masing menggunakan rahsia yang ada dalam kocek masing-masing untuk menjatuhkan bekas kawan itu.

Sehari-hari, kita para belia disogok dengan segala maklumat yang kita sendiri tidak tahu kesahihannya yang sebenar tapi pantas tersebar dengan terlalu cepat walau dengan satu klik sahaja. Malah berita kematian seseorang juga sudah menjadi mainan walau palsu atau benar. Kenapa ini semua terjadi? Dulu, perkara begini tidak berlaku dalam kancah politik kita. Aku bukanlah ahli politik waima ahli pidato cekap lidah atau pena, tapi aku menyuarakan pandangan dan pendapat aku yang mana menjadi wahana dalam kepala menyesakkan pemikiran dan memualkan.

Sudah sampai masanya kita cuba untuk berubah. Janganlah kita terlalu terpengaruh dengan kekotoran politik ini. Sesungguhnya tidak salah untuk berpolitik tapi biarlah kita berpolitik untuk kepentingan masyarakat. Jangan jadikan kesengsaraan rakyat sebagai isu untuk menjatuhkan orang lain. Setiap apa yang berlaku pasti ada timbal baliknya. Semanis mana janji yang ditabur, ia tetap seumpama padi hampa. Cantik pada rupa tapi kosong dan hampa. Kotornya politik ini menyebabkan ramai belia dan remaja menjadi benci dan mengambil pendekatan untuk tidak terlibat dengan sebarang aktiviti. Ini sebenarnya merugikan pelbagai pihak memandangkan remaja dan belia merupakan prospek pemimpin masa depan dan jika mereka tidak terlatih dengan betul untuk memimpin, apa nasib anak-anak kita di masa hadapan jika kita terus menyogok mereka dengan dasar kepimpinan korup? Apa yang ingin kita tinggalkan untuk generasi kita di masa hadapan? Adakah adil untuk mereka menerima kesan daripada kesilapan yang kita lakukan?

Aku terdetik untuk menulis kerana tertonton berita di televisyen mengenai gejala kemiskinan yang kononnya sangat kritikal. Bagi yang tidak mengetahui dan tidak pernah sampai ke Kelantan, maka ia terlihat sangat benar bahawa Kelantan adalah negeri paling miskin. Tapi kenapa sekarang baru isu ini ditimbulkan?
Sebelum ini, tidak pernah kedengaran isu bekalan air yang tidak mencukupi di banyak kawasan di Kelantan?
Kenapa isu keperluan asas ini ditimbulkan dan dipolitikkan sesuka hati sedangkan hakikat dan kebenarannya tidaklah sebegitu. Bagaimana mereka mampu hidup tanpa air selama 4 tahun? Di mana logik akal mereka?
Adakah bekalan air ditiadakan setelah selesai pilihanraya?

Oh korup. Nyahlah kamu dari tanah Melayu ini. Aku sakit melihat bangsa aku ditindas. Saudara seagamaku dibelakangkan sewenang-wenangnya. Hak bumiputera terus dipermainkan. Agama Islam kini tinggal nama. Bagaimana setiap perkara ini berlaku sedangkan kita masih dipimpin Melayu? Atau mereka bukanlah Melayu Islam yang sebenar?

Tolonglah selesaikan perkara ini. Generasi kita di masa hadapan memerlukan pimpinan yang berkualiti. Bukan generasi kotor sebegini yang anak-anak kita perlukan.
Cuci tanganmu, bersihkan kakimu, tapislah bicaramu, jaga matamu, gunalah akalmu.

Assalamualaikum wbt.

by shareeb

No comments:

Post a Comment