I serve nuffnang ads

GilaPing

Monday, November 9, 2009

EASY WAY TO .........


SINOPSIS:
“SESUNGGUHNYA Kami menurunkan kitab itu berupa Al-Quran yang dibaca dengan bahasa Arab agar kamu (menggunakan akal untuk) memahaminya.” Demikianlah firman ALLAH melalui Surah Yusuf; ayat 2. Dalam kehidupan kita selaku umat Islam, sudah semestinya Al-Quran amat berkait rapat dengan tatacara hidup dan undang-undang syariat di muka bumi ALLAH ini. Oleh itu, usaha memahami isi kandungan dan kehendak ajaran ALLAH melalui Al-Quran adalah amat dituntut.


Memahami Al-Quran, dari segala tuntutan dan ajarannya tidak akan terlaksana, sekiranya kita umat Islam tidak mengerti bahasa Arab. Melalui buku ini, penulis menampilkan kaedah yang mudah untuk memahami maksud Al-Quran, sesuai untuk semua peringkat usia. Baik, bagi mereka yang baru mengenali bahasa Arab atau yang masih tidak mengenali bahasa Arab, tetapi berkeinginan untuk belajar bahasa Arab melalui Al-Quran.

Meskipun subjek perbahasannya merangkumi pelajaran Nahw, buku ini turut memuatkan penjelasan tentang perkataan-perkataan yang sering digunakan dalam Al-Quran untuk memudahkan kefahaman umat Islam ketika menelaahnya. Penulis cuba memudahkan pembaca mengenali dan memahami perkataan-perkataan seperti kata nama, kata sendi atau kata huruf dan juga kata kerja. Maksud, fungsi serta fungsi kedudukan baris huruf turut dijelaskan.

Buku ini, amat sesuai dimiliki dan dibaca oleh semua peringkat masyarakat, khususnya mahasiswa, para pendidik, ibubapa dan individu yang ingin mendalami dan memahirkan diri dengan penguasaan bahasa Arab dan penggunaannya di lapangan kehidupan seharian.

Dalamilah bahasa Arab, bahasa Syurga!

No comments:

Post a Comment