I serve nuffnang ads

GilaPing

Thursday, November 11, 2010

AL-Quran : Panduan Kehidupan Ke Arah Kematian

Surah Fushshilat ayat 33 – 38

33. Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang soleh dan berkata : ‘Sessungguhnya aku termasuk orang – orang yang berserah diri.’

34. Dan tidaklah sama kebaikan dan kejahatan. Tolaklah (kejahatan itu) dengan cara yang lebih baik, maka tiba – tiba orang yang antaramu dan antara dia ada permusuhan seolah – olah telah menjadi teman yang sangat setia.

35. Sifat – sifat yang baik itu tidak dianugerahkan melainkan kepada orang – orang yang sabar dan tidak dianugerahkan melainkan kepada orang – orang yang mempunyai keberuntungan yang besar.

36. Dan jika syaitan mengganggumu dengan suatu gangguan, maka mohonlah perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

37. Dan sebahagian dari tanda – tanda kekuasaanNya ialah malam, siang, matahari dan bulan. Janganlah bersujud kepada matahari dan janganlah (pula) kepada bulan, tetapi bersujudlah kepada Allah yang menciptakannya, jika kamu hanya kepadaNya sahaja menyembah.

38. Jika mereka menyombongkan diri, maka mereka (malaikat) yang di sisi Tuhanmu bertasbih kepadaNya di malam dan siang hari, sedang mereka tidak jemu – jemu.

1 comment:

  1. jgn laa dilupa utk membaca al-quran..semua kne hayati untuk kenal Allah

    ReplyDelete