I serve nuffnang ads

GilaPing

Friday, November 12, 2010

Peluang Bina Kemahiran

Adakah anda seorang graduan? Ingin tambah kelebihan dengan kemahiran?
Pada era ini, setiap graduan bersaing secara sengit untuk menempatkan diri di alam pekerjaan di samping perkembangan industri. Malaysia memerlukan tenaga kerja yang berkualiti dan berkebolehan dari semua segi.
Ini merupakan suatu perkembangan yang baik seiring dengan matlamat Malaysia untuk mencapai Wawasan 2020 yang dilaungkan dengan gah oleh pemimpin terdahulu. Untuk menuju ke arah itu,tidak semudah yang kita fikirkan. Negara maju adalah negara industri. Dan negara industri memerlukan para 'pengkarya' yang berkemahiran tinggi.
Memang tidak salah untuk berjaya dari segi akademik/kemahiran sahaja,tapi apa salah andai mencuba untuk menambah kelebihan dengan mendapatkan kedua-duanya sekali.Kerajaan memperuntukkan sejumlah wang yang besar untuk mewujudkan pusat-pusat kemahiran berkualiti dengan pendekatan yang pelbagai. Sama ada institusi kerajaan atau swasta,itu sudah tidak diambil kira lagi kerana lumrah manusia sekarang mengejar ilmu. Layaknya dikatakan semua mahu menjadi cendekiawan.
Bagi yang sudah bergraduasi tetapi belum mendapat pekerjaan yang diinginkan(kalau anda memilih pekerjaan), maka bolehlah jika menambah ilmu dari segi kemahiran untuk lebih dipandang dalam mana-mana temuduga. Majikan lebih memilih mereka yang mempunyai lebih kebolehan berbanding mereka yang khusus dalam satu bidang sahaja di samping pengalaman bekerja.
Industri juga memerlukan individu kompeten berkelayakan untuk sesuatu bidang.. Banyak cabang untuk mendapatkannya.. Bagi yang berminat dengan bidang elektrik, saya mengesyorkan anda menyertai kursus kemahiran di pusat kemahiran yang bertauliah..
Sebagai pedoman, saya sertakan salah satu tempat kemahiran yang boleh dikatakan telah melahirkan ramai pekerja industri yang berkemahiran tinggi..

Sila layari laman Pusat Pembangunan Kemahiran Pahang untuk lebih maklumat lanjut.

1 comment: