I serve nuffnang ads

GilaPing

Wednesday, November 24, 2010

KAYA : adakah dalam kalimah syahadah?

Apakah yang dimaksud kan sebagai orang kaya ? Kenapa orang ingin menjadi orang kaya ? Berapa harta yang diperlukan untuk anda berhenti mengejar kekayaan?

Orang kaya dalam konteks hari ini ialah orang yang mempunyai banyak harta, banyak aset dan prestij. Kenapa orang ingin jadi kaya :

1. Kepercayaan mereka bahawa apabila mereka bergelar orang kaya, mereka akan senang dan bahagia, boleh makan apa saja yang diinginkan, boleh beli apa saja yang ingin dibeli.
2. Lambang kemegahan supaya mereka tidak di pandang rendah oleh masyarakat.

Manusia takkan berhenti mengejar kekayaan apabila nafsu sentiasa ingin lebih kaya berada dalam diri.

DAKYAH MENGEJAR KEKAYAAN KINI SUDAH BERLELUASA, DAN IA MERUPAKAN ALAT YANG BOLEH MELALAIKAN DAN MEROSAKKAN AKIDAH UMAT ISLAM.

Hari ini, pelbagai seminar menarik duit lah, kekayaan guna minda lah, millionaire mind power lah, dan macam-macam lagi yang tanpa sedar merosakkan akidah kita sebagai Muslim Sejati.

Tengok betul-betul ayat di atas, Kenapa Orang nak jadi Kaya? Kerana mereka "percaya" bahawa mereka kaya (banyak duit, harta) mereka boleh hidup senang dan bahagia. Bahagia itu dari Allah, ada orang kurang berada tapi sangat bahagia, ini membuktikan bahawa jadi kaya dan bahagia itu tidak ada signifikan. Tapi apabila anda "percaya" kaya itu boleh memberi anda "bahagia", anda telah pun mensyirikkan Allah. Berat sangat dosa tu wahai saudaraku. Ingat hanya Allah yang boleh memberi kebahagiaan, kerana kita semua tiada daya upaya melainkan dengan izin Allah s.w.t

Maaf bagi mereka yang pernah memasuki atau menganjurkan seminar sebegini. Kita ambil logik, contoh menggunakan kuasa minda/reiki untuk menarik kekayaan dan harta. Logik atau tidak logik? Contoh kereta enzo ferrari di kilangkan 90 biji, ada 100 orang yang menggunakan kuasa minda untuk menarik enzo ferrari, antara kaedahnya (jika anda nak dapatkan kereta tersebut, ambil gambar, sebelum tido dan bangun tido anda tatap dengan penuh hikmah dan bayangkan kereta tersebut akan berada depan rumah anda), tak mungkin 100 orang tu akan dapat kerana enzo cuma ada 90 saja.

Contoh lain, macam mana anda nak pergi Mekah. Anda perlu buat plan,bila sampai masa anda cukup duit, anda beli tiket kapal terbang, bila sampai masanya, anda berlepas, dan sampai masa dan ketikanya anda tiba di tanah suci Mekah. Persoalan? boleh kah anda pejam mata terus sampai Mekah ? tidak boleh kan ? kerana anda perlu ikut langkah demi langkah. Mengamalkan ilmu kuasa minda dan sebagainya ini seolah-olah anda pejam mata terus sampai Mekah.

Perhatikan perkataan "sampai masa dan ketika" di atas. Ini membuktikan segala-galanya telah di atur sempurna oleh Allah s.w.t Sampai masa anda lahir, sampai masa anda sakit, sampai masa anda kaya dan sampai masa anda akan temui ajal. Walau anda bayangkan setiap hari pun gambar enzo tu, Jika Allah s.w.t tetapkan tahun depan lagi 10 tahun anda akan dapat enzo tu, maka 10 tahun lagi lah anda akan mendapat enzo. Jadi bukan kerana kuasa minda yang anda amalkan itu boleh merealitikan apa yang anda inginkan, tapi dengan izin Allah s.w.t iaitu apabila sampai masa dan ketikanya. Manakan mungkin ada 9 jika tiada 8, atau 8 tanpa 7.. atau bayi lahir terus bersilat, semua mesti merangkak dulu. Inilah dipanggil fitrah Alam.

Bayangkan lagi, separuh saja penduduk bumi, boleh guna kuasa minda, untuk menarik kekayaan dan harta contohnya, maka akan huru haralah bumi ini kerana ia tidak lagi berpaksikan peredaran masa. Dan untunglah bagi mereka yang terus menyebarkan dakyah ini kerana mereka akan terus menerus kaya dengan hanya membuaikan anda dengan mimpi indah belaka.

Berhentilah menganut fahaman yang terang bercanggah ini.

Kenapa kaedah ini mudah mendapat tempat di hati orang melayu. Kita pernah membincangkan melayu dan signifikan dengan angka 7, jika anda belum baca boleh refer di sini :http://panjihitamdaritimur.blogspot.com/2009/09/rahsia-di-sebalik-nombor.html

Orang melayu ialah orang yang sangat suka kepada sesuatu yang bersifat shortcut. Jika boleh lahir saja di muka bumi, mereka ingin terus jadi superstar. Orang melayu ialah orang yang mudah mengikut-ikut jika ada perkumpulan orang ramai, hanya kerana sifat ingin tahu, kemudian memikir-mikir akhirnya ditipu. Ini diilustrasikan oleh cerita Tan Sri P Ramlee ketika menjual obat...


Tanpa berfikir logik saja orang melayu bertindak "mempercayai" itulah obat yang sebenar.

----------------------------------------------------------------------------------------

Baiklah kita berbalik kepada tajuk asal iaitu penghapusan sistem kekayaan.

Kenapa kita perlu menghapus sikap mengejar kekayaan?

1. Kita mengucap kalimah syahadah, bukan kalimah duit. Kita mengaku bahawa Tiada Tuhan Selain Allah, Bukan Tiada Tuhan Selain Duit. Kita percaya hanya Allah saja yang berkuasa untuk memberi sihat, kesenangan dan bahagia bukannya duit.

2. Mengejar kekayaan lebih banyak buruk dari yang baik. kerana apa? Apabila kita membayangkan kita akan jadi kaya pada tahun depan, kita akan buat APA SAJA untuk mendapatkan kekayaan tersebut, termasuk menerima rasuah, menindas orang, bersikap rakus dan tamak, berselisih faham dan pentingkan diri sendiri dan ada yang memutuskan silatulrahim kerana menganggap rakan/keluarga adalah penghalang kepada mereka mencapai cita-cita untuk menjadi KAYA.

3. Bayangkan setiap orang mempunyai ciri-ciri di atas, apa akan jadi ke atas dunia? semua manusia dah tiada pedoman, semuanya menganut agama "kertas" kerana mereka percaya kertas yang diberi nama duit itu adalah Tuhan mereka. Bayangkan manusia berbunuh, mendengki sesama sendiri kerana nak Kaya. Siapa yang dapat untung? the hidden hand. Merekalah paling untung kerana manusia kini menganut dakyah mereka.

4. Negara yang boleh hidup secara aman harmoni, ialah apabila semua rakyat, hidup dalam keadaan sama rata, tiada kaya atau miskin, semuanya sama. Maka tiadalah sifat mendengki, penipuan, jenayah dan lain-lain. Fikirkan kenapa masalah jenayah semakin berleluasa hingga hari ini, Ini semua kerana Dakyah nak kaya, nak hidup senang.

Di dalam azan terkandung satu kata-kata hikmat lagi sakti iaitu " Marilah bersama menuju kejayaan !"

Inilah yang dianjurkan oleh Islam, bukan penindasan gara-gara kerakusan mereka yang bertuhankan duit. Bagi adik beradik ku sekalian, hang pa kena ingat, matlamat kita fisabilillah bukan menaikkan ekonomi tapi perjuangan kita kerana Allah s.w.t

Apabila jemaah kita kuat, secara tidak langsung ekonomi juga akan naik dan tiada lagi adik beradik yang susah. Kepada adik beradik yang menganut fahaman 36 dan 77. Berhentilah membuat kerja tidak berfaedah, sampai bila hang pa nak jadi samseng. Kita adalah sama. Dah sampai masa kita jadi kuat dan bersatu padu. Bersama kita menuju kejayaan.

Ingat:

Tidak Aku Jadikan Jin dan Manusia Melainkan Untuk Menyembah Aku - Az-Zariyat:56

Inilah matlamat kita hidup di dunia ini.

:: credit to panjihitamdaritimur ::

3 comments:

  1. salam,,,
    thanks atas artikel ni,..sy na kongsikan idea kat cni n skit pengetahuan la,,kekayaan dari sudut duit perlu la bagi kite umat islam.rukun islam pon perlukan duit,,so perlu la kaya 2,,cuma cara kaya 2 yg xbetol..lg 1 tntg kuasa minda menarik kekayaan,kenapa perlu jadi bodoh na wat dengan cara pejam mate,,kalu macam 2 bangang la org 2,..care yg saudara ckp 2 xlengkap pon lg,,ia mesti dengan tindakan pas 2..sy xterlibat ngn mane2 fahaman..xsemua ahli fahaman yg saudara ckp 2 samseng sbb sy ade kwn dr fahaman mcm 2,,mcm fhmn saudara ni pon,mgkn ade yg samseng..sng kate,xperlu kite taksub ngn fahaman2 yg mcm saudara ckp n saudara ikut skang,,,saudara pandai bercakap tntg islam n agama,knp saudara xkekalkan fahaman kita hye pd jln ALLAH n kekasih ALLAH..

    sekaian,~ichi~

    ReplyDelete
  2. salam..
    terima kasih dengan komen sedare..
    ini bukan satu fahaman..
    saye tidak mengikut mana2 fahaman kalau itu yg saudara faham..
    yg saya cari adalah pengajian,bukan fahaman..
    samseng ade di mana2...
    jika anda berkata anda samseng,maka Allah itu Maha Samseng..kerana Dia yang mencipta anda dan sifat samseng...
    jika sedara tau mana satu jalan Allah,tunjukkan yang mana..
    kerana ada 73 jalan,hanya satu yang kepadaNya..
    sudi2lah saudara berkongsi...
    salam..

    ReplyDelete
  3. Salam. . .trima ksih kpada saudra shareeb krana msj diatas mnyedar kn sya. .Islam tidak mnghalang kejayaan..Islam jgk tidak mnolak dunia scara total. .dlm Islam sdah ckup cbang2 ilmu nya. .baik tmadun,sains dsb nya. .cuma sgelintir umat Islam yg tksub dgn cara dn flasfah barat yg konon nya hebat dn maju. .msj saudra shareeb ilah mndidik umat Islam/org mlayu supaya sedar mna yg buruk dn baik. .bkn mnghina org yg hndak maju atau kaya. .knapa bila ada org yg sudi mndidik kita dgn baik dn free kita seolah olah mlatah. .sya fham dgn intipati dri msj saudra shareeb. .trima ksih. .

    ReplyDelete